December 6, 2024

KUALA LUMPUR : Penyanyi, pelakon dan pengacara nombor satu negara, Alif Satar dan juga kumpulannya The Locos bersama-sama kumpulan nasyid legendaris tanah air, Raihan, kembali mengimarahkan bulan suci Ramadan yang bakal tiba ini dengan sebuah EP khas berjudul ‘The Sunnah The Better’ yang diterbitkan secara eksklusif oleh label rakaman terkemuka, Warner Music Malaysia. 

“Sesungguhnya ia merupakan penghormatan besar buat kami, pemuzik pelapis, dapat bekerjasama dengan senior-senior dalam industri muzik Malaysia seperti Raihan. Kita semua membesar mendengar lagu-lagu Raihan yang penuh dengan pengajaran dan peringatan sebagai umat Islam, dan melalui kolaborasi ini, kami ingin menghidupkan semula semangat tersebut dan mengembalikan nostalgia lagu-lagu berunsur spiritual sekaligus memperkenalkan Raihan kepada generasi muda sekarang,” jelas Alif memula kata. 

Pada 2019 yang lalu, Alif pernah merakamkan #Sesungguhnya 2019 dan Damba CintaMu yang mendapat sambutan luar jangkaan daripada penggemar muzik. Kini, Alif Satar & The Locos sekali lagi mengorak langkah dengan mengeluarkan EP yang memuatkan 5 hits terbaik Raihan dalam bentuk audio di laman YouTube bermula semalam seperti Bismillah, 25 Rasul, Puji-Pujian x Syukur (Medley), Assolatuwassalam dan Rayuan Rindu, manakala muzik videonya (MV) pula dilancarkan secara berperingkat sepanjang bulan Ramadan. 

Bila ditanya, mengapa Raihan? Alif dengan tenang menjawab, “Kami semua peminat Raihan sedari kecil lagi, kebanyakkan lagu mereka kami sudah hafal by heart. Kami juga pernah bekerjasama sebelum ini, jadi chemistry yang ada memudahkan lagi proses rakaman. 

“Setelah berbulan perbincangan, kami mengambil keputusan untuk memulakan sesi rakaman yang hanya memakan masa selama 2 hari sahaja, dan apa menariknya, setiap lagu yang dihasilkan hanya ‘sekali jalan’, maksudnya tiada pengubahsuaian mahupun rakaman semula ibarat nyanyian secara langsung yang bertempat di Drum Asia, Kota Damansara.” 

Alif Satar & The Locos bersama kumpulan Raihan

Alif juga turut berkongsi bahawa beliau ada menitiskan air mata sebak kerana tidak menyangka dapat merakamkan lagu bersama-sama kumpulan nasyid bertaraf antarabangsa ini, katanya, “Lagu-lagu Raihan amat menyentuh perasaan dan penuh kesedaran, bukan saya seorang sahaja yang terasa sebaknya, bahkan anggota The Locos juga turut menitiskan air mata, dan perasaaan kebersamaan atau ukhuwah itu jelas terasa. 

Raihan, sebuah nama besar dalam industri muzik Malaysia yang tidak perlu diperkenalkan lagi, mempunyai pengaruh besar dari dalam mahupun luar negara, lagu-lagu ciptaan mereka tersebar luas di seluruh dunia merentasi sempadan benua, fahaman dan budaya dengan membawa mesej-mesej ketuhanan dan kerohanian yang penuh dengan nasihat dan panduan berguna. 

“Banyak yang kami pelajari dari mereka, agak gementar juga ketika mula-mula hendak bekerjasama, yalah mereka sudah bertaraf antarabangsa. Namun begitu, mereka tetap merendah diri dan tidak lokek berkongsi ilmu selain menerima cadangan-cadangan kami.” 

“Ada beberapa kelainan yang kami tonjolkan melalui EP ini, jika sebelum ini kebanyakkan lagu- lagu Raihan dibawakan secara acapella, pada kali ini kami ada memasukkan bunyi-bunyian dari alatan muzik, manakala Che Am dan saya bertindak selaku ketua vokal.” 

“Tidak banyak yang diubah kerana komposisi terdahulu sudah cukup sempurna agar mood yang dibawakan tidak lari dari bunyi yang asli. Selain itu, ahli The Locos juga turut menyumbangkan suara mereka selaku penyanyi latar.” 

Selain EP, kesemua MV The Sunnah The Better arahan saudara Zaidan Zainuddin dari Shutterspeak Studio akan menampilkan konsep yang ringkas namun menarik dengan jalan cerita yang mudah difahami oleh setiap lapisan umur termasuk kanak-kanak kerana tujuan utamanya adalah memberi nasihat melalui lagu yang disampaikan. 

“Tujuan utama kami menghasilkan EP ini adalah untuk menghibur dan membawakan mesej-mesej berguna dengan jujur dan ikhlas. Semoga ramai dapat menerimanya dengan hati yang terbuka dan sama-sama kita meriahkan bulan Ramadan yang mulia ini dengan mendidik anak- anak melalui konsep edutainment ini, dan kami juga ingin mengajak mereka yang bukan beragama Islam untuk turut mendengar dan secara tidak langsung dapat belajar tentang agama Islam,” akhiri Alif. 

Selain daripada itu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh Ahli Jawatan Kuasa Masjid Al-Falah Subang Jaya atas kerjasama yang diberikan dan membenarkan pihak kami untuk membuat rakaman video muzik di masjid tersebut. 

Kesemua MV EP ini boleh ditonton berperingkat secara eksklusif di saluran YouTube Alif Satar seperti berikut; 

Bismillah pada 3 April, 25 Rasul pada 7 April, Pujian-pujian + Syukur (Medley) pada 13 april, Assolatuwassalam pada 19 April, dan Rayuan Rindu pada 24 April 2022.

Kelima-lima video muzik ini akan dilancarkan pada jam 5.00 pagi iaitu di waktu sahur bagi umat Islam di bulan Ramadan. 

Lagu-lagu yang terkandung dalam EP The Sunnah The Better boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, KKBox, Deezer dan juga YouTube Music bermula semalam. 

Alif Satar
kumpulan Raihan
Alif Satar & The Locos

109 thoughts on “Alif Satar & The Locos bersama Raihan tampilkan EP ‘The Sunnah The Better’

  1. Pingback: online casino list
  2. Pingback: buy dissertations
  3. Pingback: 1creator

Comments are closed.