PRU 15 : PAS ELAK PERTANDINGAN TIGA PENJURU DI PARLIMEN PUTRAJAYA

PUTRAJAYA, 19 DISEMBER – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyatakan bahawa pembahagian kerusi antara Barisan Nasional dan Parti BERSATU masih lagi dalam peringkat rundingan bagi mengelak pertandingan tiga penjuru yang boleh menguntungkan pihak pembangkang.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata “rundingan kerusi masih berjalan di peringkat pusat antara Barisan Nasional, PAS dan juga BERSATU dan asas persetujuan yang dicapai setakat ini ialah, InsyaAllah kita akan elakkan pertandingan tiga penjuru, jadi kita serahkan rundingan pembahagian kerusi ini kepada pihak yang bertanggungjawab dan kita doakan semoga keputusan yang baik dapat kita perolehi dan InsyaAllah kita bukan melihat kerusi di Putrajaya sahaja tetapi kita melihat kerusi Malaysia itu keseluruhannya,” jelas beliau yang juga merangkap Timbalan Yang Dipertua PAS Putrajaya.

Kamaruzaman mengagihkan pelitup muka kepada pengunjung pasar Presint 8, Putrajaya

Terdahulu beliau ditemui media sempena program sumbangan pelitup muka dan hand sanitizer secara percuma kepada orang awam dan peniaga di sekitar Pasar Awam Presint 8, Putrajaya hari ini.

Program yang dianjurkan oleh Perikatan Nasional (PN) Wilayah Persekutuan telah diketuai oleh pemangku Ketua BERSATU Bahagian Putrajaya, Mohd Fathul Azam Mohd Hasim berharap agar program ini dapat diteruskan bersama PAS dari masa ke semasa.

Fathul Azam menyerahkan pelitup muka kepada peniaga di Pasar Presint 8, Putrajaya
Seorang pengunjung Pasar menerima pelitup muka yang diserahkan oleh Fathul Azam

Kamaruzaman juga menambah bahawa hubungan kedua-dua parti ini berjalan dengan baik bukan sahaja di Putrajaya bahkan di seluruh Malaysia. “InsyaAllah momentum hubungan yang baik ini, kita akan perkasakan sehingga kita menghadapi PRU-15 nanti.”Ujar beliau kepada media.

Turut serta dalam program ini ialah Srikandi dan Armada BERSATU Bahagian Putrajaya serta Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Putrajaya.

Kamaruzaman Mohamad (kiri) dan Mohd Fathul Azam (kanan) sebelum memulakan penyerahan pelitup muka di pasar Presint 8, Putrajaya
Pemangku Ketua Srikandi BERSATU Bahagian Putrajaya menyerahkan pelitup muka kepada pengunjung pasar Persint 8
Kamaruzaman Mohamad (tengah) dan Mohd Fathul Azam (kanan) beramah mesra bersama salah seorang pengunjung di pasar Presint 8, Putrajaya
Video temu bual bersama Kelkatu TV