ARTIS MALAYSIA AKAN MENAMPILKAN KEHEBATAN DI ANUGERAH TELEVISYEN ASIA KE-25

KUALA LUMPUR, 24 DISEMBER – Anugerah Televisyen Asia (ATA) telah mendedahkan bahawa selebriti Malaysia Jeryl Lee Pei Ling dan Earnie Zakri akan membuat penampilan hebat di Anugerah Televisyen Asia ke-25, yang memperlihatkan bakat-bakat Malaysia ke pasaran Asia Tenggara.

Tahun ini adalah ulang tahun ke-25 Anugerah Televisyen Asia (ATA). Dengan mempertimbangkan pandemik Covid-19 yang sedang berlaku, Anugerah ini akan menyemak semula format rancangan dan akan diumumkan kelak.

Selebriti Malaysia Jeryl Lee Pei Ling dan Earnie Zakri akan membuat penampilan hebat di Anugerah Televisyen Asia ke-25

Pada mulanya dirancang untuk diadakan di Phnom Penh setelah berjaya mengadakan Anugerah ini di Malaysia dan Filipina, edisi ke-25 yang akan datang ini tidak akan mengadakan perjumpaan secara fizikal. Daripada format selama 3 hari yang dianjurkan sejak Anugerah Televisyen Asia ke-23, Anugerah Televisyen Asia ke-25 akan diadakan selama 2 hari sahaja pada hari Jumaat dan Sabtu, 15 dan 16 Januari 2021.

Tahun ini, Anugerah akan dihoskan oleh Wallace Ang dan Benjamin Josiah Tan dari Singapura, Ji Xiao Jun dari China, Anyarin Terathananpat dari Thailand dan Rennie Lau dari Malaysia.

Benjamin Josiah Tan dan Wallace Ang dari Singapura
Ji Xiao Jun dari China dan Anyarin Terathananpat dari Thailand
Rennie Lau dari Malaysia

Barisan artis yang disahkan pada masa ini adalah Alfred Sng, Sherraine Law, Haven dan Emiliano Cyrus dari Singapura. Manakala Malaysia pula, kami mempunyai Ernie Zakri dan Lee Pei Ling. Dat Ozy dari Vietnam juga akan beraksi begitu juga Sam Concepcion dari Filipina. Seramai lapan artis akan membuat persembahan sepanjang dua hari dengan membawa lagu dan muzik terbaru mereka.

Antara barisan artis yang membuat persembahan

Pada hari pertama (Jumaat 15 Januari 2021), Anugerah Teknikal dan Kreatif ATA akan dirakam dan disiarkan secara langsung jam 8 malam waktu Singapura melalui Facebook, Instagram, Twitter, dan Weibo. 30 anugerah akan diberikan pada rancangan ini termasuk Pengarahan Terbaik (Bukan Fiksyen).

Hari kedua (Sabtu 16 Januari 2021) akan menyaksikan siaran ATA Live Show. Segmen kandungan menarik yang terdiri daripada lebih 30 selebriti dari seluruh rantau ini dan flashbacks Anugerah Televisyen Asia sepanjang 25 tahun perjalanannya yang akan menggantikan Red Carpet. Selain ditonton melalui platform media sosial kami, Pertunjukan Langsung ATA akan dijalankan oleh rangkaian rakan siaran kami. 20 anugerah akan diberikan termasuk anugerah Pelakon dan Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon dan Pelakon Pembantu Terbaik, Siri Drama Terbaik dan Filem Terbaik (Fiksyen).

Pertunjukan Langsung ATA ke-25 akan disiarkan pada hari Sabtu 16 Jan 2021 jam 8 malam waktu Singapura. Rancangan ini akan disiarkan secara langsung melalui FB / IG / Twitter dan Weibo ATA serta tersedia melalui rangkaian rakan siaran kami; Taiwan (Formosa TV), Hong Kong (Viu TV), China (Jiangsu Broadcast), Philippines (CignalColors and TV5), Indonesia (Channel O, CitraEntertaiment dan The Indonesia Channel), Thailand (Bangkok TV Ch 7), Vietnam (Today TV) dan Cambodia (Bayon TV).


Menurut jurucakap ATA, Lee Keen Whye “Anugerah TV Asia adalah perhimpunan syarikat media penyiaran dan eksekutif media kanan yang terdiri daripada CEO, Pengeluar Eksekutif dan Pengarah. Ini adalah pembuat keputusan yang dapat mempengaruhi apa yang difilemkan, bila harus difilemkan dan di mana untuk membuat filem. Ini adalah peluang bagi mereka untuk membuat kandungan mengenai atau menarik bakat dari negara tuan rumah dan ianya menghasilkan publisiti mengenai seni dan budaya, destinasi pelancongan dan juga peluang perniagaan”. Jelas beliau.

Ketua Pegawai Eksekutif ATA Producer & Wonder Paradise Group berkata, “Sebagai pemegang lesen pertunjukan, Wonder Paradise mempunyai hak istimewa untuk bekerjasama dengan ATA sejak tahun 2018. Anugerah ini telah berkembang secara organik melalui perjalanan yang panjang. Wonder Paradise dengan jaringan serantaunya dan melangkah ke hadapan dalam membantu ATA mencapai misinya untuk mengenali bakat yang baru muncul dan mereka yang berpengalaman berada di depan dan di belakang kamera”. Ujar Alan Eucharis.

Senarai & Rujukan Penama Anugerah Televisyen Asia 2020:
https://www.asiantvawards.com/nominees/2020-nominees/