Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton gegarkan Ramadan

KUALA LUMPUR – Bersempena bulan Ramadan ini, Gempak dengan kerjasama susu Goodday mempersembahkan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton, sebuah program realiti drama masakan pertama di Malaysia dengan konsep unik ‘tengok hari ini, esok boleh beli!’. Program ini disiarkan setiap hari sepanjang Ramadan di saluran Astro Ria pada jam 5.30 petang, serta tersedia di platform On Demand dan Astro GO.

Lebih menarik, penonton boleh menikmati sendiri hidangan yang dipaparkan dalam rancangan ini di gerai bazar Ramadan, Stadium Shah Alam, bermula 2 Mac hingga 29 Mac. Setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada bahan utama, menambahkan keunikan rasa pada hidangan. Antara juadah yang bakal menggamit selera termasuk nasi hujan panas, roti john, bread and butter pudding, kari ikan bawal, ayam percik dan pelbagai lagi.

Barisan Pelakon, Penerbit dan Rakan Kerjasama

Selain menikmati hidangan, pengunjung bazar juga boleh menyertai aktiviti menarik seperti ‘fortune wheel’, sesi ramah mesra bersama selebriti Dapur Goodday serta berpeluang memenangi hadiah istimewa daripada Astro Shaw dan susu Goodday. Turut disediakan kod QR di booth bazar untuk membolehkan pengunjung mendapatkan resipi hidangan yang disajikan pada hari tersebut.

Program masakan ini menampilkan watak-watak ikonik dari drama Ramadan tahun lalu, Khun:sa, termasuk Che Ton lakonan Sherry Alhadad, Sarimah oleh Zarina Zainoordin dan Tuyah yang dimainkan oleh Ezu Hashim. Kali ini, Che Ton kembali bersama rakan-rakannya, dengan kemunculan Sarimah dan Tuyah ke bumi selepas diculik oleh UFO. Mereka menerima satu misi daripada seorang lelaki misteri untuk melakukan kebaikan dalam tempoh 29 hari. Jika berjaya, mereka akan dapat tinggal di bumi selamanya.

Pelakon Zarina Zainoordin dan Ezu Hashim

Setiap episod juga akan dimeriahkan dengan kehadiran tetamu jemputan dari filem dan drama terkenal tanah air seperti Polis Evo (Zizan Razak), Kala Malam Bulan Mengambang (Datuk Rosyam Noor), Awan Dania (Scha Al-Yahya), Project: High Council (Naim Daniel), Kampung Pisang Bersiri-Siri (Joey Daud), P. Ramlee (Tony Eusoff) dan ramai lagi.

Dari kiri: Ketua Penjenamaan, Pemasaran & Pengedaran, Norsalvina Alwee, Ketua Konten Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara Astro & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, Ketua Kandungan Astro Gempak, Syazwan Zakariah & Host Keanu Azman

Menurut Ketua Astro Shaw & Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara Astro, Raja Jastina Raja Arshad, “Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton bukan sekadar program masakan, tetapi inovasi dalam pengalaman kandungan yang menghubungkan hiburan dengan realiti. Penonton bukan hanya dapat belajar resipi di kaca televisyen, tetapi juga boleh merasai sendiri hidangan tersebut di bazar Ramadan. Lebih istimewa, selebriti yang terlibat dalam program ini turut turun padang pada hujung minggu sepanjang Ramadan untuk berinteraksi dengan peminat dan pembeli.”

Jangan ketinggalan menyaksikan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton di Astro Ria dan sertai perbualan dengan tanda pagar #DapurGoodday #MisiSarimahTuyahVSCheTon #GempakOriginalSeries di media sosial.