FLEUR! BERKOLABORASI BERSAMA NOH SALLEH SECARA LIVE @ TAPAUASIA

KUALA LUMPUR, 23 DISEMBER – Platform hiburan indie tempatan TAPAUASIA (tapau.asia) dengan kerja sama program #RadioTenggara membawakan persembahan istimewa dengan band jemputan dari Jakarta, Indonesia FLEUR!

FLEUR! buat kali pertamanya akan ke Malaysia (secara maya) pada 26 Disember 2020. Mereka akan bermain beberapa lagu yang belum pernah dimainkan sebelum ini dan akan berkolaborasi bersama pemuzik tempatan terbaik, Noh Salleh. Selain itu persembahan istimewa dari kumpulan NonaRia dengan bunyian klasikal mereka dari era 40 ke 50-an akan turut bersama dalam persembahan itu nanti.

Noh Salleh

Format trio dalam sebuah band mungkin nampak biasa, tetapi kombinasi tiga wanita yang bermain rock n’ roll ini menjadikannya luar biasa. FLEUR! adalah sebuah kumpulan muzik yang dianggotai tiga pemuzik wanita; Tanya (gitar, vokal), Tika (dram, vokal) dan Yuyi (bass, vokal). Trio rock n’ roll ini hadir memberikan nafas baharu dengan lagu-lagu rock n’ roll penuh bertenaga dan campuran bunyian moden-klasikal.

Persembahan yang akan diadakan pada 26 Disember 2020

Info persembahan

  • 26 Dec 2020 (Sabtu)
  • 9pm – 10.30pm (Waktu Malaysia) / 8pm – 9.30pm (waktu Jakarta)
  • Tiket berharga RM15
  • Ditonton secara Livestream + VOD (boleh layan balik selama 2 minggu)

Tiket boleh didapati di https://live.tapau.asia/product/fleur-live/

Untuk segala pertanyaan dan info, boleh berhubung dengan pihak pengurusan Encik Farriz di talian +6012 800 4208 atau fa****@*******ia.com