Kelkatu TV mempersembahkan temuramah eksklusif bersama kugiran Butterfingers sempena sambutan 20 tahun penerbitan album “Transcendence” yang berjaya menembusi pasaran muzik komersil sekaligus mengubah lanskap industri muzik arus perdana tanahair . Interbiu ini menampilkan Loque Kadax dan Loko berkongsi pelbagai pengalaman, cerita dan isu sepanjang sejarah perjalanan muzikal kugiran lagenda kesayangan ramai ini.
Antaranya : – sejarah ringkas penubuhan Butterfingers – bagaimana Loko mula bermain dram dan mula menyertai Butterfingers – memori konsert bersejarah Lagoon Palooza tahun 1999 – Butterfingers mengikat kontrak bersama major label EMI – isu cetakan semula album2 Butterfingers – kugiran Majapahit & Butterfingers Sokonglah pergerakan Butter anda! #20tahuntranscendence #kelkatutv #butterfingers #20thanniversarytranscendence #empayargrungemalaya #royalbutterfingers