‘KUEY TEOW’ SAJIAN SONAONE & KIDD SANTHE

Sonaone dan Kidd Santhe ketika sesi prebiu lagu terbaru mereka

Dua sosok penyanyi terkenal yang membawa muzik genre hip-hop Sonaone dan Kidd Shanthe telah menyajikan para pengamal media dan peminat mereka dalam majlis pra-dengar lagu terbaru mereka yang berjudul ‘Kuey Teow’.

Menurut SonaOne, single ini dicipta secara bebas tanpa konsep tertentu, namun menarik untuk didengari. Dalam majlis anjuran Def Jam Malaysia dan Univesal music Malaysia yang berjudul ‘The Appetizer’ memberi peluang kepda para peminat dan pengamal media secara eksklusif untuk pratonton muzik video dan persembahan langsung mereka di Rasta, TTDI

‘Tema lagu ‘Kuey Teow’ pada dasarnya adalah sebagai hiburan tentang kehidupan yang bahagia sambil menghargai perkara-perkara yang lebih sederhana.’ Jelas beliau.

Muzik video ini diarahkan oleh Adriana dari Denhouse Productions, kolektif yang sama dalam pembikinan video untuk ‘Bomba’ iaitu single SonaOne yang sebelum ini. 

Video muzik sonaone ‘kuey Teow’ dengan penampilan istimewa Kidd Santhe secara rasmi telah dilancarkan pada 21 Ogos 2020.

#SonaOne #KiddSanthe