July 14, 2024

Suria FM dengan ini mengumumkan bahawa khidmat penyampai Suria Petang, Tyzo Xander, sebagai penyampai Suria berakhir semalam, 12 Januari 2024.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin), keputusan yang dibuat merupakan langkah Suria FM dalam merangka strategi dan perancangan baru untuk menghasilkan produk yang lebih menarik dan segar bagi tahun 2024 hingga seterusnya.

Suria FM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tyzo di atas kerjasama yang diberikan sepanjang bersama Suria.

“Jalinan kerjasama Suria FM bersama Tyzo merupakan satu tempoh kerjasama baik. Kami mengucapkan terima kasih di atas sumbangan beliau.

“Kami telah pun merangka strategi dan perancangan baru bagi tahun 2024 dan seterusnya untuk memastikan jenama Suria FM kekal relevan dan terus memenuhi kehendak serta kepuasan pendengar. Perkembangan selanjutnya berkenaan program dan strategi Suria FM akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Suria menyokong dan percaya serta mendoakan Tyzo akan terus berjaya dalam bidang berkaitan atau bidang lain yang diceburi,” kata DJ Lin.

DJ Lin turut berharap semua pencinta radio dan pendengar setia Suria terus menyokong Suria FM.