MENTERI AGAMA RASMI KONVOI PROGRAM MUSA’ADAH BANTUAN BENCANA ALAM KE NEGERI JOHOR

PUTRAJAYA, 20 JANUARI 2021 – Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama bersama rakan strateginya iaitu Yayasan Waqaf Malaysia, Jabatan Waqaf Zakat dan Haji (JAWHAR), Pejabat Daerah, Agensi Pengurusan Bencana Neger dan lain-lain pihak yang terlibat telah berganding bahu bagi menjayakan Misi Program Musaádah Bantuan Bencana Alam Pasca Banjir Ke Negeri Johor.

Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, YB Senator  Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, “Semua agensi agama di bawah JPM telah bergabung bahu dan berkolaberasi bersama-sama dan juga dengan agensi atau NGO luar untuk sama merasa denyut nadi rakyat dalam memberi bantuan dan Alhamdulillah, dalam mesyuarat khas berkenaan Musaádah Covid-19 dan juga misi bantuan banjir Musa’adah ini telah kami gerakkan secara teratur dan sistem serta terarah”,kata beliau.

YB Menteri menyampaikan ucapan perasmian. FOTO BlackMoths

Menurutnya, “JAKIM telah memainkan peranan utama dengan menyediakan hampir RM 60,000 nilai untuk memberi bantuan peralatan-peralatan rumah seperti berkanaan di dapur, tot, keperluan wanita, lampin pakai bang kanak-kanak, bahan-bahan pencuci / sabun termasuk makanan kering”

Kata Zulkifli lagi,”Target kita ialah 200 keluarga isi rumah dengan RM 300 nilai bagi satu satu keluarga di mana sumbangan ini adalah sumbangan yang kita halakan ke Kota Tinggi dan Penggerang”.

Menteri Agama, merasmikan pelepasan konvoi. FOTO BlackMoths

Mengulas lebih lanjut, “kita akan bantu seluruh Malaysia terutama kawasan yang memerlukan sementelah lagi pada zaman waktu kebanyakkan negeri berada pada tahap mencabar PKP dan yang lebih besar daripada itu, iaitu bah atau pasca banjir yang sedang kita alami baru-baru ini”, katanya.

Menteri Agama bersama Ketua Pengarah JAKIM melancarkan pelepasan konvoi. FOTO BlackMoths
Video sidang media oleh YB Menteri. FOTO BlackMoths