October 10, 2024
aburii yakiniku wagyu

(Oleh: Lordiness)

Pertama kali diundang ke sebuah restoran makanan Jepun dan merasai daging lembu Wagyu terasa kecairannya dalam mulut. Fuhh!. Menarik nama restoran ini Aburii Yakiniku. Teringat pulak sebuah band black metal ‘Ibaraki’ projek Matt Heafy yang juga anggota Kumpulan Trivium.

Restoran yang berkonsepkan ‘Omakase’ yang secara longgarnya bermaksud pelanggan menyerahkan 100% hidangan masakan kepada chef. Maksudnya kita makan saja apa yang dimasak oleh Chef.

(Foto by: Ridwan Maestro)

Bertempat di lokasi yang agak terasing di ‘perut’ Taman Tun Dr. Ismail, Aburii Yakiniku yang memang specialist dalam hidangan daging Wagyu ini menghidangkan pelbagai menu disamping turut menyajikan makanan laut yang segar dan berkualiti.

Menurut Lin Chi yang merupakan pemilik restoran Aburii ini, setiap bahan yang digunakan dalam masakannya adalah halal kerana produk-produk yang diimport dari Jepun mendapat pensijilan halal yang diiktiraf. 

(Foto by: Ridwan Maestro)

Daging lembu wagyu yang digunakan juga merupakan daging lembu yang diimport dari wilayah Miyazaki, Jepun yang terkenal dengan penghasilan daging yang berkualiti dan konsisten dengan pengkelasan daging gred A4 ke atas. Menariknya, daging yang digunakan di Aburii Yakiniku ini adalah dari gred A5 yang pastinya lebih berkualiti dan memberi pengalaman rasa yang maksima kepada pelanggan. 

Sebagai sebuah restoran makanan Jepun pertama yang merintis konsep ‘omakase’ ini, pelanggan yang hadir pasti akan dilayan dengan layanan yang terbaik dari chef-chef yang berpengalaman yang diterajui oleh Chef hebat mereka iaitu Chef Zeniq. Selain itu keunikan layanan konsep ‘omakase’ ini ialah makanan akan dihidangkan ditempat duduk yang agak tinggi, di mana pelanggan akan dilayan oleh chef masakan itu sendiri. 

(Foto by: Ridwan Maestro)

Kita sembang panjang-panjang pun tak guna. Nah! Korang boleh cuba sendiri dan rasai pengalaman dilayan seperti ‘raja’ di meja makan korang dengan seorang chef yang memang dikhaskan untuk melayan korang makan, masak live depan mata korang. Oh lupa nak habaq. Aburii Yakiniku ini sepanjang Ramadan ini ada menyediakan pakej kombo Ramadan berharga RM388 untuk 4 orang. Apa tunggu lagi. Grab cepattt!!!

(Foto by: Ridwan Maestro)

Kepada sesiapa yang ingin merasai pengalaman menikmati daging lembu wagyu yang terbaik boleh terus ke Restoran Aburii Yakiniku, yang beralamat di No. 5, Lorong Datuk Sulaiman 7, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Untuk tempahan sila hubungi : +60 10 910 0267.