May 2, 2024

KUALA LUMPUR – Lewat ini, sering kedengaran alunan lagu-lagu berkonsepkan kerohanian yang tidak jemu didengar tatkala menghadiri majlis perkahwinan, rasmi mahupun mailis-mailis ilmu oleh kumpulan bernuansa Islamik, SABYAN, dianggotai 3 pemuzik berbakat dari negara seberang, Indonesia, mereka bakal turun ke Malaysia untuk mengadakan konsert SABYAN LIVE IN MALAYSIA yang bertemakan ‘Alunan Puitis Cinta llahi’ pada 26 Ogos 2023, jam 8 malam bertempat di Melaka International Trade Centre (MITC), dibawakan khas oleh pihak penganjur Paksi Jayamas Sdn. Bhd dengan kerjasama dan sokongan penuh Kerajaan Negeri Melaka.

“Alhamdulillah kami diberikan kesempatan kali kedua mengadakan konsert di negara jiran, Malaysia kerana terdahulu, konsert tunggal pertama kami ternyata berjaya, dan kali ini akan menjadi konsert Sabyan yang jauh lebih meriah dari sebelumnya,” kata vokalis utama, Nissa.

vokalis utama Sabyan, Nissa

Bermula sebagai hanya sebuah kumpulan wedding singer dengan membawakan lagu-lagu bersesuaian dengan tema dan acara, mereka memanfaatkan media sosial untuk memperkenalkan Sabyan secara meluas sehingga diterima baik penggemar muzik berkonsepkan kerohanian.

“Secara tidak langsung, kami memutuskan untuk memperjuangkan genre Islamik kerana rata-rata penggemar muzik kami suka akan karya-karya ketuhanan yang kami bawakan,” jelas Nissa.

majlis sidang media konsert SABYAN LIVE IN MALAYSIA

Kini, dengan berkembangnya muzik di dunia digital, semakin utuh mempertahankan lagu-lagu yang dibawakan mereka agar anak-anak kecil serta generasi muda lebih mengenal muzik bergenre Islamik.

Tambah Nissa, “Idea di sebalik konsert ini datangnya dari pihak penganjur sendiri yang mencadangkan lokasi luar dari Kuala Lumpur iaitu neger bersejarah, Melaka, lantas kami menyetujuinya lagi pula difahamkan bahawa kerajaan negeri Melaka kini sedang giat mempromosikan Tahun Melawat Melaka 2024.

Sabyan bersama penganjur di majlis sidang media

Menurut Dato Hazman, selaku Pengarah Urusan Paksi Jayamas, “Konsert ini bakal memberikan sebuah persembahan yang memukau serta momen yang indah. Sudah terlalu lama negeri Melaka tidak menganjurkan konsert berskala besar melibatkan artis popular luar negara. Jadi, bersempena dengan kempen ‘Tahun Melawat Melaka 2024’ yang sedang giat direncanakan, kami mengambil inisiatif ini dan secara tidak langsung dapat menarik minat peminat Sabyan dari dalam dan luar negara berkunjung ke Melaka dan ke konsert.”

Sabyan bakal mengadakan konsert di di Melaka International Trade Centre (MITC)

“Jutaan terima kasih ingin saya ucapkan kepada semua rakan media yang sudi hadir bagi memeriahkan sidang media Sabyan Live In Malaysia pada hari ini, di sini saya juga ingin berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Melaka melalui bahagian promosi pelancongan Melaka selaku rakan penganjur, Kamya Glow selaku penaja rasmi minuman botanikal dan tenaga, Playmad Sdn Bhd dan Lashkar Entertainment selaku rakan pengurusan acara, rakan radio rasmi, HotFM, dan juga Daigor Hong Kong Muslim Restaurant, sebagai rakan sidang media.

“Jumpa nanti di konsert Sabyan dan sama-sama kita raikan Puitis Cinta llahi pada malam itu!”

“Malam konsert itu nanti mengangkat tema istimewa ‘Alunan Puitis Cinta llahi’ yang dijangkakan memberikan suatu momen indah buat penonton yang bakal hadir ke konsert. Setakat ini kami sudah mempersiapkan material sejak dari bulan April lagi, dengan pemilihan lagu-lagu terbaik Sabyan, beserta susunan muzik yang baharu khusus buat pengunjung konsert nanti,” katanya.

Nissa menyampaikan beberapa lagu hitnya di majlis sidang media

Seperti yang dijanjikan, SABYAN akan memberikan yang terbaik sepanjang berlangsungnya konsert dengan kejutan bukan dari segi audio sahaja, bahkan visual istimewa buat mereka yang hadir pada malam konsert nanti.

“Kami berharap agar mana-mana penggemar muzik berlainan genre dapat hadir di konsert kami tidak kira apa jua jenis muzik yang disukai kerana muzik yang kami bawakan adalah untuk semua dan bersifat universal, semoga konsert nanti menjadi inspirasi yang bermanfaat buat agama Islam, bangsa dan negara,” akhiri Nissa.

Tiket konsert SABYAN LIVE IN MALAYSIA boleh dibeli melalui laman sesawang https://ilassotickets.com.