April 29, 2024

PETALING JAYA – Muzik terus berevolusi dari masa ke masa tapi muzik rock tetap tidak akan mati (rock never dies). Itu adalah ungkapan yang diakui ole para rocker seluruh dunia.

Dalam era digital dan media sosial ini, persembahan ‘live’ masih lagi berada di takhta yang tertinggi terutama di kalangan para rocker. Membeli tiket, perjalanan ke lokasi konsert, berjumpa rakan-rakan yang satu “kepala”, masuk ke arena konsert, berhimpit dan menantikan rocker legenda membuat persembahan di atas pentas dengan lagu-lagu yang ‘membesarkan’ kita adalah suatu pengalaman yang bukan selalu dirasai.

Kumpulan Search sewaktu menghadiri sidang media Konsert Double Trouble 2 di The Curve Damansara

Pada tahun 2022, arena muzik rock tanahair digegarkan dengan dua buah konsert yang mendapat sambutan luarbiasa sehingga menimbulkan fenomena iaitu Konsert ‘Search Rockin’ On Rooftop’ di Kompleks Campbell, Kuala Lumpur pada 11 Jun dan Konsert ‘Barbarik Pentas Keras’ di Zepp, Kuala Lumpur pada 24 Disember tahun lalu.

Ramai menyifatkan dua konsert tersebut dalah konsert rock terbaik sepanjang tahun 2022. Lebih sebulan selepas kedua-dua konsert berlangsung, para peminat masih memperkatakannya. Netizen terus berkongsi pendapat serta memuat naik foto dan visual konsert berkenaan di pelbagai media sosial.

Dari fenomena itu, perancangan telah diusahakan untuk merealisasikan dua band tersebut di atas satu pentas bagi memenuhi kalendar konsert rock 2023. Pihak produksi teruja untuk membayangkan betapa impakya apabila Search dan Barbarik bergabung dalam satu edisi konsert yang istimewa.

Kumpulan Barbarik sewaktu menghadiri sidang media Konsert Double Trouble 2 di The Curve Damansara

Alpha Nation dengan jenamanya Rock The City, dengan bangganya membawakan kepada anda Konsert ‘Double Trouble 2’ yang membariskan Search dan Barbarik pada 5 Ogos 2023 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.

Search, sebuah jenama yang sebati dengan arena rock akan tampil di pentas, diteraju oleh Din (gitar) bersama Kid (gitar), Yan (bass), Firdaus (keyboard), Minn (drums) dan vokalis sensasi baru mereka Denden.

Barbarik pula diterajui oleh Joe Branko (gitar) bersama Adi (keyboards), Ruzaimie (bass), Ainol (drums) dan vokalis legenda Muss.

Joe Branko menjawab soalan media

Persembahan berdurasi selama 150 minit ini akan menghidangkan sekitar 26 buah karya lagu-lagu mereka yang kebanyakannya sentiasa bermain di minda kita. Kelibat 5 orang legenda rock tanahair iaitu Din, Kid, Joe Branko, Yan dan Muss dalam kelas mereka yang tersendiri pasti akan memberi impak besar dalam persembahan dan kepuasan kepada para rocker yang hadir. Satu persembahan yang pasti dimpikan dan kini akan menjadi kenyataan.

Konsert Double Trouble 2 dianjurkan oleh Alpha Nation, manakala pengurusan produksi oleh Laskhar Entertainment dan Playmad Sdn Bhd serta urusan promosi oleh Mewah Event Management (MEM). Hotel Royale Chulan, The Curve selaku penaja penginapan dan The Curve by Mutiara Spaces menaja lokasi sidang media. Untuk hebahan, Sinar FM bertindak selaku Radio Rasmi Konsert Double Trouble 2 Search dan Barbarik.

Barbarik dan search bersama penganjur di sidang media konsert Double Trouble 2

Pada dasarnya, penganjuran konsert ini dinspirasikan dari album Double Trouble 2 yang menggabungkan Search dan Wings dan diterbitkan pada tahun 1998. SEARCH ketika itu menampilkan Amy (penyanyi), Noordin (gitar), Kid (gitar), Fauzi (bass) dan Allahyarham Yazit (drums), manakala Wings pula dibarisi Muss (penyanyi), Joe (gitar), Eddie (bass) dan Black (drums).Noordin (Din) gitaris Search berpendapat bahawa kelebihan Konsert Double Trouble 2 ini adalah menampilkan vokalis dan pemuzik berbakat generasi baru selepas mereka seperti Denden dan Minn dari Search serta Ainol, Adi dan Rozaimie dari Barbarik. Beliau yakin pasti ada keiutan dalam konsert ini nanti dan akan menjanjikan kepuasan kepada para penonton.

Barbarik dan search membuat persembahan di sidang media konsert Double Trouble 2

Tiket konsert Double Trouble 2 boleh dibeli melalui laman www.ilassotickets.com atau hubungi tiket hotline di talian +6011 1329 7822 (Whatsapp Sahaja). Tiket-tiket berharga RM199 (CAT A), RM169 (CAT B), RM129 (CAT C), RM179  (CAT D), RM139 (CAT E), RM159 (ROCK ZONE) dan RM359 (VIP).

Buat peminat-peminat Search dan Barbarik, bersedialah untuk melakar lagi satu sejarah industri muzik tempatan agar dikenang sebagai sebuah konsert paling epik dan mungkin anda adalah sebahagian dari kenangan itu.